Click here for Myspace Layouts

Ibadat


Pengertiaan Bersuci
Bersuci dari segi bahasa ialah membersihkan sesuatu daripada kekotoran. Dari segi istilah ialah membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada hadas dan najis. Bersuci daripada hadas, najis dan kekotoran hukumnya wajib dan menjadi syarat sah sesuatu ibadah.
Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Bersama
Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dengan masalah kebersihan dirumah, masjid, sekolah, tandas awam, taman reaksi dan alam sekitar. Setiap anggota masyarakat hendaklah mempunyai kesedaran diri yang mendalam tentang kebersihan dan jangan terlalu mengharapkan pihak lain.
Hikmah Bersuci
* Mencergaskan jasmani dan mencerdaskan minda
* Keluarga akan hidup harmoni dan selesa
* Masyarakat terhindar daripada penyakit
* Murid-murid dapat belajar dengan selesa
* Ekonomi masyarakat dapat ditingkatkan



KEPENTINGAN SOLAT DAN HIKMAH



on Monday, October 1, 2012 

Solat merupakan kewajiban dan syair yang paling utama seorang muslim. Solat juga merupakan ibadah harian yang diamalkan berulang-ulang kali.

Solat merupakan ibadah yang pertama kali ditanya dan dihisab bagi setiap mukmin pada hari kiamat . 

Solat merupakan garis pemisah antara iman dan kufur - antara orang beriman dan orang kafir , sebagaimana ditegaskan oleh Rasullulah saw :

"Batas antara seseorang dengan kekufuran adalah meninggalkan solat" (Riwayat Muslim)

"Perjanjian antara kita dengan mereka adalah solat , maka sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia kafir." (Laporan al-Nasa'i, al-Tarmizi dan Ahmad)

HIKMAH SOLAT 

1- Meningkatkan perasaan ubudiyah terhadap Allah, kerana kesibukkan kita dengan urusan dan tanggungjawab dunia kadangkala menjadikan kita alpa siapa diri kita yang sebenarnya. Bersolat mengingatkan kita akan kedudukan kita sebagai hamba kepada pencipta kita iaitu Allah . 

2- Masa untuk manusia bertaubat kepada Alllah daripada segala dosa dan kesalahan yang mereka lakukan sepanjang hari . Secara sedar atau tidak kita melakukan pelbagai dosa setiap hari. Oleh itu, solat yang dikerjakan secara berterusan membantu membersihkan dosa-dosa ini dan menyucikan hari kita daripada kecenderungan kepada maksiat, sebagaimana sabda Rasullulah saw : 

"Apa pandangan kamu sekiranya terdapat sebatang sungai di hadapan pintu salah seorang daripada kamu di mana dia mandi di situ lima kali sehari. Adakah masih tinggal sebarang kekotoran pada tubuhnya ?" Mereka berkata:" Tiada ada sebarang kotoran." 

Baginda berkata lagi :"Demikian juga seperti solat lima waktu, di mana Allah menghapuskan segala dosa."
(Direkodkan oleh Tarmizi dalam kitab Sunan al-Tarmizi pada bab Perumpamaan daripada Rasullulah saw; perumpamaan solat lima waktu. )

3- Solat lima waktu ini juga bertindak sebagai pengisian atau makanan yang berterusan kepada akidah dan keyakinan kepada Allah. Dengan makanan dan bekalan yang mencukupi,iman dan akidah akan menjadi lebih kuat . 

No comments:

Post a Comment